Tuesday, July 04, 2006

Mufti & Tok Qadi "Instant"

Zaman sekarang ni terlalu ramai "Mufti" dan "Qadi" instant. Bila mereka jumpa suatu masalah, mereka akan membuka kitab pilihan mereka atau buku terjemahan Hadith Imam Bukhari atau Imam Muslim r.a. dan memberikan "fatwa" dan "hukuman" mereka berdasarkan nas yang mereka tafsir ikut "kepakaran" mereka itu.
Cuba kita renungi sebuah kisah yang disebut oleh Imam Tajuddin Ibnu as-Subki dalam Tabaqat as-Shafi'iyyah, ms 283' : "Seorang wanita telah menghadiri majlis ilmu hadith yang turut dihadiri oleh ulama' hadith terkemuka di zaman itu seperti Imam Yahya ibn Ma`in, Imam Abu Khaythamah, Imam Khalaf ibn Salim, dan lain-lain. Dia mendengar para ulama' hadith terkemuka itu meriwayatkan beberapa hadith daripada Rasulullah s.a.w. Maka wanita berkenaan pun mengemukakan soalan, "Bolehkan seorang wanita yang dalam keadaan haid memandikan mayat?" Tidak seorangpun ulama yang hadir dalam majlis berkenaan memberikan jawapan kepada soalan wanita berkenaan! Masing-masing memandang ke arah satu sama lain. Tak lama kemudian datanglah Imam Abu Thawr, maka mereka menyuruh wanita berkenaan mengajukan soalannya kepada beliau. Lalu wanita berkenaanpun mengajukan soalan yang sama kepada Imam Abu Thawr, lalu Imam Abu Thawr menjawab, "Boleh, berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh (Sayyidina) Al-Qasim dari (Sayyidatuna) A'ishah, "haid kamu bukan pada tanganmu! dan juga riwayat daripada (Sayyidatuna) A'isyah bahawa beliau pernah membasuh rambut Rasulullah s.a.w ketika dalam keadaan haid." (Hadith Muttafaq 'Alaih riwayat Ash-Shaikhain) Kalaulah kepala orang yang masih hidup boleh dibasuh (oleh wanita dalam keadaan haid), apatah lagi orang yang sudah mati."
Mendengar jawapan itu, maka para ulama' hadith berkata, "Benarlah engkau. Telah diriwayatkan kepada kami demikian!"
Komentar: Ulama' Salaf yang pakar hadith pun tidak tergopoh-gopoh memberikan hukum, walhal hadith itu bukan setakat mereka hafal bahkan mereka yang riwayatkan! Apatah lagi
kita... lebih-lebih lagi lah kalau kita tidak mempunyai latarbelakang dalam ilmu hadith sekadar membaca TERJEMAHAN hadith sahaja.

1 comment:

Unknown said...

Mufti Kerajaan ni bukan gopoh, cuma klu buat FATWA tu duit tak MASYUKKKK dia TAWAKUF-lah dulu.

Bila ada BUDGET utk keluar FATWA barulah dia sain fatwa tu. MASYUUUUKKKK.