Monday, July 03, 2006

Mujadalah...Mujadalah...Mujadalah

Blog yang mengkritik mursyidku hari ni sibuk pula tentang istighathah (istighasah?). Mereka datangkan hujjah mereka mengatakan ada beza antara istighasah dan tawassul. Mereka datangkan pula hujjah daripada Syaikh Ibnu Taymiyyah.
Ulama' kita dari kalangan Ahlus Sunnah telahpun menjawab tuduhan mereka itu, contoh sila rujuk kitab Khulasah al-Kalam karangan Mufti Syafi'iyyah di zamannya iaitu Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan. Sapa nak tahu tentang kitab berkenaan sila e-mail ke ibnu_taymiyyah at yahoo dot com.

Sekali fikir, malas nak jawab leteran mereka ni. Tidak lain daripada polemik antara kelompok "Salafi?" dengan Ahlus Sunnah wal Jamaah.

Al-Hafiz Ibn al-Jawzi meriwayatkan dalam Kitab al-Wafa (ms. 818 #1536): (Al-Hafiz) Abu Bakr al-Minqari telah berkata : "Suatu ketika saya bersama (al-Hafiz) at-Tabarani dan (al-Hafiz) Abu Shaykh di dalam Masjid Nabawi dan kami berada dalam kesukaran. Kami ketika itu sangat lapar. hari berkenaan dan hari berikutnya kami masih belum mendapat makanan. Ketika hampir waktu Solat Isyak, saya menghampiri Maqam Rasulullah lalu berkata, "Ya Rasulullah, kami lapar, kami lapar! (ya rasullallah al-ju` al-ju`) Kemudian saya pun pergi dari situ. (al-Hafiz) Abu al-Shaykh berkata kepada saya, " Duduk! Sama ada akan datang kepada kita makanan ataupun kita akan mati kebuluran. Kemudian saya dan (al-Hafiz) Abu Shaykhpun tidur manakala (al-Hafiz) at-Tabarani terus berjaga untuk mengkaji sesuatu. Tak lama kemudian datang seorang `Alawi (keturunan Sayyidina `Ali) bersama dengan dua orang budak lalu mengetuk pintu tempat kami menginap, setiap orangnya membawa bakul palma penuh dengan makanan. Kamipun bangun dan makan makanan yang dibawa. Bila kami telah habis menjamah makanan yang dibawa, berkata `Alawi itu kepada kami, "Wahai saudara, adakah tuan membuat pengaduan kepada Rasulullah? Baginda telah datang kepada saya dalam mimpi dan menyuruh saya membawa sedikit juadah kepada tuan-tuan!"

No comments: