Wednesday, May 21, 2008

Perutusan untuk Etnik Melayu UMNO

Wahai UMNO… Menurut ajaran agama, orang Islam yang tergilakan dunia akan menjadi semakin lemah dan tewas. Ini sudah terbukti. Baguslah kalau UMNO berusaha membaiki diri dan bersedia untuk kuat kembali. Tetapi UMNO tidak mungkin boleh naik lagi. Tidak mungkin. Jangan kamu kira ‘tangan’ yang menjatuhkan ini akan berhenti di sini dan akan membiarkan kamu naik lagi.

Sudah sunnatullah, siapa di kalangan orang Islam yang membelakangkan agamaNya, maka jatuhlah ia. Maka akan hancurlah kamu wahai UMNO oleh tangan-tangan yang telah membangunkannya. Sepertilah runtuhnya tembok pemisah Berlin yang diruntuhkan oleh pembinanya sendiri. Memanglah begitu sudahnya nasib semua yang diciptakan. Hanyasanya kuasa Tuhan yang kekal abadi.

UMNO, kamu pernah mendabik dada mengatakan kamu membela rakyat, tetapi masalah ekonomi dan kenaikan harga barang-barang keperluan rakyat, kamu tidak mampu menanganinya. Menderita rakyat akan bahana semakin kecilnya nilai wang, dan survival hidup yang makin mendesak.

UMNO, kamu sebagai peneraju dan pemangkin kemajuan agama Islam tidak bersikap yang sepatutnya. Apalah yang dihairankan, kamu sendiri gagal mendidik orang2 kamu , inikan pula nak mendidik rakyat?! Tiada yang indah agama Islam itu di mata rakyat, jika dilihat dari pembawaan orang2 kamu dan isteri2 kamu, pada segala harta yang kamu pamerkan kepada rakyat.

UMNO, bagaimana layanan kamu terhadap rakyat bukan Islam dan kaum pendatang dari negara asing? Mereka yang mahu sama2 hidup bersama kamu itu bukanlah orang2 yang jahat, bukannya kafir Harbi yang melawan atau mengajak perang. Mereka ialah kafir zimmi yang menerima kerajaan yang dipimpin orang Islam. Penentangan kalau pun ada bukan dari rasa pemusuhan, cuma rasa tidak puas hati dan tidak meyakini serta tidak faham dengan setengah hal yang kamu lakukan atas nama Islam.

Mengapa kamu berkeras dengan mereka? Di manakah keindahan Islam yang sepatutnya diteladani dari junjungan mulia? Sungguh nama Islam JATUH di tangan kamu!!

Terhadap kafir Zimmi ( bukan Islam yang tidak menentang ) Nabi kita memerintahkan agar kita membela mereka. Bukannya diajak bertengkar atau bergaduh. Rendahkanlah egomu. Islam mengajar kita melayan apa juga bangsa dengan segala kasih sayang serta budi yang halus dan baik.

UMNO.. Bukankah kamu masih berharap kepada rakyat untuk menyokongmu ? Walhal kamu amat sedar bahawa kamu sudah terlalu mengecewakan rakyat. Cintamu yang berlebihan kepada dunia hingga kamu meremehkan Tuhan dan akhirat adalah sebab utama mengapa kamu gagal menyelamatkan rakyat.

Konon kamu mencari Al Ghazali, As Shafie untuk Negara mu, walhal mujadid Tuhan di depan mata kamu tidak pedulikan. Masakan kamu tidak mampu melihat kebenaran yang dibawanya? Ya, kamu melihat kebenarannya tetapi kamu buat2 tak tahu atas sebab cinta dunia kamu yang sangat menebal. Kamu tidak akan dapat lari ke mana, wahai UMNO..

Apa kamu rasa Tuhan tidak campur tangan dalam pilihanraya 2008? Kuasa apakah yang mendetik-detik dalam hati rakyat untuk menolak kamu? Penolakan terhadapmu bererti penolakan terhadap semua rakan2mu. Apakah rakyat merasakan parti pembangkang adalah terlebih baik dari kamu? Tidak juga. Mengapa gelombang yang sebegitu dahsyat ini sungguh mengejutkan hingga yang mencapai kemenangan pun tidak menyangkanya? Inilah penangan kuasa yang paling Agung yang menggenggam hati2 manusia. Yang menentukan hidup matinya manusia!


Anwar Ibrahim

Dia pun tidak tahu menahu pun akan apa yang bakal dan telah menimpa kamu ini. Dia pun orang yang sama-sama sedang terkejut dan tidak tahu hala tuju gelombang-gelombang yang sedang melanda ini sebenarnya. Kerana ia seperti tidak masuk akal. Yalah, bukan semua kerja Tuhan masuk akal.

Dia terundang untuk masuk semula ke gelanggang sesudah dia jatuh dengan begitu teruk sekali. Dia pun tidak tahu siapakah yang memberikan peluang ini semula. Yang membuatkan rindunya kepada kerusi PM berbunga semula . Rindu yang sudah terkulai layu lama dulu. Lalu dia pun mencubalah untuk menggapainya walau pun dia dalam keadaan yang lemah sebenarnya.

Dengan Tun Dr Mahathir dia tidak mampu, dengan Pak Lah yang lemah itupun belum lagi dia pasti. Dia bukanlah orang yang layak sebenarnya, apatah lagi tidak semua menyokongnya.

Dosa2nya menghapuskan sebuah jemaah perjuangan Islam pun masih menjadi mimpi ngerinya. Dia umpama singa tua yang taringnya telah tumpul, dia hanya mampu mengaum2 menakutkan ‘mangsa’ sekelilingnya.


Tun Dr Mahathir Mohamad

Sebagai Perdana Menteri, dia jauh lebih baik dari Pak Lah, walaupun mempunyai banyak kekurangan. Hanya Allah yang tahu betapa dalamnya sayang dia pada bangsanya, betapa kejujurannya pada UMNO. Dia mahu menyelamatkan UMNO dan bangsanya.

Pak Lah sebenarnya diharapkan oleh Tun Mahathir untuk tidak mengenepikannya, bahkan terus menerima kepimpinannya di sebalik tabir atas sebab : daya kepimpinan Pak Lah lemah. Namun kerana watak dunia ini menipu, maka kedua-duanya dapat ditipu serta saling tertipu. Pak Lah seperti lupa diri dan Tun Mahathir pun sudah hilang sabar!

Jadilah Malaysia Negara kecintaan sebagai mangsanya. Tun yang banyak berjasa ini sebenarnya ingin mempastikan Pak Lah Badawi itu tidak lagi terus melemahkan Negara, dengan cara menjatuhkan Pak Lah kalau tidak mahu berundur.


Yang Dipertuan Agong

Baginda mengembalikan kuasa raja kepada raja-raja yang sekian lamanya dijadikan boneka oleh kuasa politik. Sebelum penjajahan Britisah, raja-raja sebenarnya mempunyai kuasa melantik pemimpin. Tapi kerajaan beraja sudah dikuburkan oleh adanya kuasa politik yang diasaskan oleh penjajah.

Bagainda yang sangat cintakan agama dan mahukan rakyat selamat, merasa bertanggungjawab untuk mencatur politik negara yang sudah teruk! Lalu hiduplah semula kuasa raja.

Memang adillah Tuhan mentakdirkan ini, sebab Malaysia amat-amat memerlukan campur tangan banyak pihak untuk diselamatkan dari masalah-masalah yang kian membesar.

Akhirnya mari kita sama2 berdoa agar Tuhan selamatkan dan sejahterakan Malaysia!

4 comments:

Hendy Irawan said...

Hendaklah awak dalam bercakap menggunakan dasar Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

Janganlah hanya dengan ijtihad atau pemikiran/akal/minda awak semata.

Percuma awak bercakap buruk atau menyerang pihak-pihak tertentu, apalagi mendasarkan penjatuhan mereka dengan alasan agama; tanpa memberikan bukti-bukti baik Quran maupun Sunnah yang secara spesifik menunjuk pada mereka.

Ada pun yang awak lakukan dan cakap saat ini menurut hamba hanya sekedar ghibah. Bolehlah awak punya pandangan topik, tapi menurut hamba tak perlu dengan menjatuhkan pihak lain, apalagi jika itu masih bersifat tuduhan, apalagi jika awak mengutip "dalil Islam" semacam "Menurut ajaran agama, orang Islam yang tergilakan dunia akan menjadi semakin lemah dan tewas" dan "Sudah sunnatullah, siapa di kalangan orang Islam yang membelakangkan agamaNya, maka jatuhlah ia".

Lebih pantas awak bercakap bahwa itu adalah buah minda awak, dan janganlah menyangkut pautkan agama dengan pemikiran awak tersebut.

Hamba bercakap seperti ini bukanlah ingin menjatuhkan saudara, tapi hanya berusaha mengingatkan sebagaimana hamba rindu sekali diingatkan oleh saudara-saudara seagama di kala hamba khilaf, dan astaghfirullah hamba termasuk orang yang banyak khilaf. Hamba harap awak tidak berdengki hati kepada hamba.

Allahuma inni audhubika min syarrima amiltu wa min syarri ma lam ya'lam

Saya akhiri comment saya dengan kutipan dari sebuah web site: http://labbaik.multiply.com/journal/item/474

"Apakah ghibah itu ?" Tanya seorang sahabat pada Rasulullah SAW. "Ghibah adalah memberitahu kejelekan orang lain !", jawab Rasul. "Kalau keadaaannya memang benar ?", Tanya sahabat lagi. "Jika benar itulah ghibah, jika tidak benar itulah dusta !" Rasulullah menjelaskan. Percakapan tersebut diambil dari sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Dalam Al Qur'an (QS 49:12), orang yang suka menggibah diibaratkan seperti memakan bangkai saudaranya sendiri. Dari Jabir bin Abdullah ra. :"Ketika kami bersama Rasulullah SAW. Tiba-tiba tercium bau busuk yang menyengat seperti bau bangkai, maka Rasul pun bersabda, "Tahukah kalian, bau apakah ini ? Inilah bau dari orang-orang yang meng-ghibah orang lain". (HR Ahmad)

Helmi said...

http://nchiedive.multiply.com/journal/item/107
http://nchiedive.multiply.com/journal/item/111
http://nchiedive.multiply.com/journal/item/109

Ni apa crita ye?

PIC said...

tak lama lagi expired la tu

Goldman said...

Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com.

Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

Terima kasih.